Clouds

Wednesday 18 March 2015

IPhone vs Z3

Fon baru.. Yeah finally..setelah 5 bulan bkerja btungkus lumus mengumpul duit. Rasa macam kurang bijak, sebab kerja bagai nak rak hari-hari. Tp dlam msa sehari je duit dah dihabiskan beli Fon.
Mulanya Rasa macam nak trade in balik. sebab kamera dy mngecewakan aku. Tapi buat pe nak menyusahkan diri pikirkan bnda yg x ada. Ye tak?
So aku putuskan untuk terus pakai Sony ni.  Aku cuba jugak untuk suka.

Pun xsampai hati aku nak pkai iPhone. supaya anak-anak kecil di sekeliling aku belajar bahawa iPhone adalah mahal dan bukan mudah untuk dimiliki dan walaupun ia mahal. Xsemestinya ia mesti dimiliki.

Aku nak review Setelah hampir 6 bulan penggunaan, (Amaran. ulasan ni tak mengandungi informasi teknikal pun)

1. Mengecas adalah mudah. Masa mula2 guna, hanya perlu sekitar 45minit untuk dapat kembali bateri penuh. Tapi tu dulu sebelum handset aku dipenuhi gambar-gambar dan video dan berbagai jenis dokumen. Sekarang, mengecas perlukan lebih dari sejam.

2. Thumbs up untuk ketahanan bateri . Awal-awal penggunaan dulu, handset boleh tahan 2 hari tanpa cas. Sekarang, untuk penggunaan separa agresif > turn on location, navigate jalan, tengok 7 video di youTube, pasang radio 5 jam, 12 minit fon call, wasup dan mesej, google sampai berbelas-belas tab , tak include main game> menyebabkan satu hari kena cas hampir 2 kali. Still memuaskan.

2. Long range for speaker volume. Ada 15 kali tekan untuk button volume. Dari kosong sampai full volume. Tapi bunyinya macam tak cukup kuat walaupun dah full volume. Kuat lagi suara Asus Zen akak aku. Ada masa suara dia hilang walaupun fail musik sedang dimainkan. Lepas restart baru OK. Bila air masuk dalam speaker, bunyi yang terhasil adalah bunyi rosak. Takut - so dah tak bawa main air.

3. Skrin respon memang pantas, Mata tak sempat berkelip untuk tengok slide tu bertukar waktu kita alih paparan.Pernah button send kat wassup gagal berfungsi. Bertungkus lumus aku picit butang anak panah tu untuk send wassup. Mungkin akibat hentakan sebelum ni. Handset ni dah 2 kali jatuh. terhentak kuat atas jalan berturap. Bucu dia pecah sikit dan retak pada bahagian bawah. Mujur orang kedai cakap yang retak tu tempered glass je. Syukur... kalau tak menangis mak! 

4. Kamera -Imej dia aga fake, tetiba jadi cantik flawless bila selfie. Ton warna juga tak ori. Cahaya oren bertukar jadi merah. Merah jadi merah jambu.Dalam keadaan gelap, bayangan hijau kerap muncul. Kamera hadapan kurang resolusi, jadi mudah kabur akibat gegaran. Tapi kamera belakang 20.7MP. Gambar yang terhasil dalam keadaan kurang cahaya memang terang. Juga tolerate dengan gegaran, video lebih stabil daripada rakaman fon kelas ekonomi. Gambar2 yang terhasil macam dapat sentuhan ajaib sebab semua benda tend to look so lustrous. 

5. Storage - I cant get enough with 12GB. Jadi aku tambah SD kad 15GB. Sama juga, full! ~ Normal for pic gaudy-er. Lepas aku buang 3 buah movie dan beberapa koleksi video, aku rasa bateri fon lebih cepat full bila di cas.

6. Paparan - tak payah cerita. memang cantik dan clear. Buat kita crave untuk menatapnya setiap masa. Tapi beringatlah ~ Hidup ini bukan terkurung di dalam paparan kaca. Pls do not hesitate to look around my dear.

7. Processor 3 RAM. - Aku boleh buat short movie dlam fon ni dengan lancar, boleh guna wasup dan google dalam masa yang sama tanpa sebarang moment 'hang'. Pic image, cut video, compile musik latar. Senyum lebar~

8. Feature - 
Tap to wake screen. Tak payah raba butang untuk on screen. Double tap dan skrin akan bercahaya. 
Smart Connect - cucuk earphone dan musik akan dimainkan secara auto. (Setting option). 
Stamina Mood - Sangat Useful! dalam keadaan tersadai keseorangan, bateri lemah dan tiada sumber kuasa. Turn on je Ultra Stamina Mode dan pastikan kredit ada sebab dlam mood Ultra stamina mood, mobile data automatik dinyah-aktifkan. wassup pun x boleh guna. 
Lifelog - rekod aktiviti kita bersama handset. tapi so far aku tak tahu macam mana nak bagi dia track sleep. Mungkin kena connect dengan sony smartband atau smartwatch. Gembira dapat tengok ratusan langkah yang aku ambil, dan jumlah kalori yang dibakar (walaupun tak percaya ketepatannya) instead of rasa annoy tengok berapa lama aku spend untuk online.

Yang xbest - android sarat built in apps yang aku tak tahu bila nak manfaatkan. Maka aku disable je. Lagi satu, kedudukan speaker - terletak di muka hadapan. bahagian atas dan bawah. kena sandarkan pada sesuatu untuk pastikan pembesar suara mengahadap kita.
Handset cepat panas? ~ Tak boleh elak, solusinya jangan guna lama-lama.

Kesimpulannya, puas hati spend 2K untuk fon ni. > Liabiliti paling mahal dalam hidup aku < -- bertapa miskinnya aku sebenarnya. Walaupun harga tak exceed iphone 6 .
Aku suka bawa waktu siang ikan, buka radio, tukar2 channel dengan tangan berdarah ikan, kemudian basuh di sinki. Au bukan pengotor, tapi aku percaya pada dia.
Aku prepare fon ni untuk bawak pergi site, bergelumang dengan debu dan kebasahan. Skrin responsif, bateri layan. Saiz yang memadai untuk tapak tangan aku. (tangan kecil mungkin kurang sesuai, tapi ada option keyboard for one hand.). Slim, senang selit, even dalam helmet. Specs lain, korang baca la kat blog orang lain. Ni je aku pandai cakap. Terima kasih~

No comments:

Post a Comment