Clouds

Thursday 22 November 2018

Pencarian Semula Diri yang Hilang



Hampir 3 tahun berlalu, 3 tahun dah aku tinggalkan kandang si kantan ni. . Banyak dah berlaku dalam masa 3 tahun, yang baik datang perlahan, yang buruk .. tk sempat nak kira. datang dengan perginya pantas sekali. Selepas 3 tahun, pastinya yang diharapkan tak lain selain kematangan, unfortunately. Nothing much change. Me is me.

Cuma baru-baru ni, ada peristiwa yang membantai kuat hati dan sanubari, menjatuhkan aku ke dalam sangkar perasaan paling terperuk , paling terpencil dan penuh penjuru. Berbulan-bulan aku terantai dalam perangkap yang aku bina sedikit demi sedikit selama ni. Hebat. tak sangka aku dah lama gali kubur sendiri. Tapi tuhan lebih tahu, tidak diciptakan kubur melainkan untuk diisi. dan aku sangat hebat kerana berjaya menggali kubur untuk diri sendiri, dan bagaimana hebat pun.. semuanya kekal kembali kepada kehendak dan iradatNya yang maha Kuasa.

Perjuangan begini tak aku harapkan lagi, aku terlalu lemah untuk melawan musuh yang bersembunyi dalam jasadku sendiri. metafora sangat. Apakah?? Neurotypical people wont understand this. So open your mind to read on further..

jika kau fikir kau baik sebb selama ni kau solat 5 waktu cukup, kau silap
jika kau sangka kau dah cukup islam dengan menghadirkan diri kau ke dalam majlis ilmu.. kau juga silap.

sebab kebaikan kau tu didatangkan
bukannya semata lahir dari kesucian hati kau
ya mungkin lah kut datang dengan kesucian hati, didikan, disiplin dan penerapan mentaliti yang baik...

tapi kehendak untuk menurutinya adalah berupa Rahmat...
RAHMAT beb...
aku rasa aku hilang rahmat2 tu semua sekejap...

hashtag bipolar disorder
hashtag mood dysregulation
hashtag ADHD meltdown
hashtag Sila meninggal.. acah je..

I'm alive after all of this... Alhamdulillah. tak nk dah mintak dugaan susah2. nak mintak rahmat Allah je sekarang...