Clouds

Tuesday, 12 February 2013

Sg. Chongkak, Hulu Langat Selangor


12 Feb, akhirnya .. aku jejak juga kaki ke Sg. Chongkak. Umo 21 baru sampai Sg. Chongkak, mungkin budak kampung aku je yang dapat mengerti tahap ke'loser'an aku di sini.


Lepas Subuh kitorang gerak dari Nilai. Lalu highway, raya Cina orang ramai balik kg kan. Jadi jalan xsesak so xsmpai sejam dah bole sampai Hulu Langat.
Xsure kolam air panas atau parit air panas. X sempat siasat.
Da sampai area Sg. Chongkak la ktorang jmpa ni.

Si sulong mengantuk lagi.

Xbanyak gambar menarik aku dapat tangkap, sebab sibuk pegang barang dan sibuk makan. Da nama berkelah, sibuk makan la kan kejenya. Nak main air , segan plak da besa panjang.

Nenek belanja kek..kek xsampai 10 rggit. Caye x?

Arang mahal pun tada guna, susah mau nyala.

Sini sg. cetek, Air pun xterlalu deras. Jadi kalau budak baya ni  mungkin bole
lepa kejap sementara ayahnya nak makan sosej.

Kawasan ni bersih sebab berjaga, sebab tu masuk kena bayar 3 ringgit. (xsilap). Parking pun kena 3 ringgit jugak. parking tu dekat belah luar. Tapi x sure kalau dalam ni bole bawa kereta masuk atau x, sebab aku nampak ada je kenderaan keluar masuk.

Luar daripada kawasan ni, iaitu kat area mula2 kereta masuk kawasan sg. Chongkak ada pondok2 kecil yang bole disewa. Harga ok rasanya, lingkungan 7 ke belasan ringgit. Bergantung pada keadaan pondok. Jadi yang xda khemah tu xyah la kalut. Tapi pondok dlam gmbar ni free, cukup la da bayar 3rggt mula2 tadi. Sebab ada orang tua, jadi ktorang pun ambil pondok yang dekat dengan pintu masuk je, jauh ke atas sana tak tawu la apa lagi ada.
Mak buyong yang dipercayai milik orang asli.
Dekat2 pintu masuk memang kawasan penempatan orang asli pun.
Pondok yang disediakan. Tengok2 jugak, kalau cuaca elok, xyah bimbang soal atap bocor.
bukan bocor, tapi pecah.
Berkelah kat sini ok je , tandas ada, surau ada. Bersih x bersih tengok masa lah. Makanan better la bawa sendiri kan, nama pun berkelah. Waktu kitorang sampai, abang tukang sapu baru selesai bungkus sampah, tapi kereta da banyak dah.. Dalam pukul 2 petang kitorang pun terburu-buru balik, sebabnya hujan, sebabnya bumbung pondok pecah.. 3.30 sampai rumah.
Aku tahu apa yang anak-anak buah aku tengah imagine, korang tahu?
~ masing2 bajet adventure.
Bapak budak sedang mencuba kemudahan yang disediakan.

Kita bagi peluang  kepada driver untuk berehat. Pas main air sedap dapat lelap.

 


No comments:

Post a Comment