In Love mood? Aku ada 3 tips untuk dikongsi~ Kalau member aku baca ni kompem tercemar la nma baik aku pasni.
Sorrylah sebab sebenarnya tak dapat bagi tips2 yang padu seperti yang diharapkan= bagaimana nak memikat hati jejaka idaman korang,
Isu gadis-gadis sekarang ni, Boleh ke Perigi Mencari Timba? Kalau ikut kata Ustaz Azhar Idrus (UAI), isu perigi cari timba tu pemikiran lama. Kita berhak pilih siapa untuk jadi imam kita. -(pemimpin pun rakyat yang pilih kan?). Jadi base daripada kata2 ustaz tu kiranya boleh la kita approach kita punya dream guy kan? Yep, boleh tapi ada cara. Search Engine pun banyak, . Ikut je la mana-mana cara yang korang suka tapi jangan lupa seperkara.
Seperkara yang membezakan perigi dan timba.
Apa beza perigi dengan timba? batu dengan plastik? Bulat besar dan kecik??Perigi ni ada satu keindahan yang menghalang dia pergi kepada timba, iaitu perasaan malu. Malu adalah keindahan orang-orang perempuan. betul meh.. Jadi xperlu bertindak terlalu bold..
Kebetulan bangun tido dan tertonton rancangan kat TV Al-Hijrah di suatu pagi yang xberapa pagi. Rancangan Assalamualaikum agaknyer. Memetik petua 3P penulis buku tu~ ni bukan tips ustazah Siti Nor Bahyah.. ni tips dari ustazah lain. Muda ustazah tu, tak ingat namanya.
langkah pertama bila dah suka seseorang ialah ..
1) Pause -nape pule kena delay-delay ni..? org da xcited ni..
Lek lu.. daripada kata-kata penulis tu bole dikonklusikan yang kita.. beri masa ntuk adrenalin rush kita tu stabil. Xsangka, betul rupanya apa member aku kata, 'Love is because of hormone'. Perasaan is trigger by hormon, jadi satu masa nanti excitement bercinta tu akan hilang sebagaimana hilangnya perasaan gayat seseorang bila dah biasa gayat-gayat. Jadi beri ruang kat diri sendiri tok menenangkan salur jantung yang tengah berombak-ombak tu.
2) Prepare - Nak main bola kena praktis, sebab kalau nak menang kita kena prepare. Lengkapkan diri sendiri dulu. Kalau nak yang baik, diri sendiri pun kenalah baik. Kalau serious nak yang kuat pegangan agama, kita punya pegangan pun kena dikukuhkan jugak. Lelaki baik untuk perempuan baik kan..
3) Pergi.. -'go get him' best btol sentence ni kan. Masa untuk bertindak, dah prepare cukup-cukup baru la boleh masuk gelanggang. kata penulis tu ada 7 langkah yang btul untuk mendapatkan jejaka idaman gadis-gadis. Nak tahu, bolehlah dapatkan buku dia di kedai-kedai buku. Oho.. bagai layu kembang tak jadi.. maaf la tu je yang dia nak cakap. Aku pun tak ingat sapa ustazah muda tu dan apa tajuk buku dia. Alah selebihnya tu korang belajar la daripada orang tua korang, kakak abang korang ke.
Kalau rasa sunyi sebab takder pakwe?
-Jangan desperate sangat,Jangan takut sangat jadi andartu sampai korang melayan lelaki yang bukan-bukan semata-mata sebab nak ada pasangan.- takut takda orang nak-> takut tak laku-> jadi anak dara tua. Sila nikmati dunia single. Lagipun Allah dah bagitahu yang kita ni diciptakan berpasang-pasangan, apa nak risau. Cuma sedarlah bukan semua orang jodoh kat atas dunia. Ada yang mati tak kahwin lagi, tak kisah la mati tua ke muda.
Senior kat matrik dulu pesan
Lepas solat minta pada tuhan, temukan jodoh yang soleh. Doa boleh merubah takdir, hidup mati diaturkan tuhan, jodoh pun camtu jugak.
"Ya Allah, hadirkan dalam hidup ku suami yang soleh, jodoh yang panjang dan anak yang soleh dan soleha. Ameen.." Ucapkan seikhlasnya penuh harapan walaupun time tu korang dah berkenan kat seseorang.
- "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." –
(Al-Baqarah: 216)
Tak salah kita minta suami untuk membahagiakan kita, tapi ingat sumber sebenarnya kebahagiaan tu datangnya dari Allah bukan dari suami.
Lelaki juga ada titik kelemahan. Tak caye cer try Titik sentuhan lelaki . Wanita kena ambil tahu rahsia ni jika nak pikat lelaki idaman.
ReplyDelete