Clouds

Monday 14 December 2015

CABARAN BAKAL WANITA MASA HADAPAN


Ada satu hari aku duduk kat rumah hari 'weekday', jadi semua orang keluar bekerja dan ke sekolah tinggal aku sorang kat rumah. Aku ingat pagi tu nak buat kerja aku sikit, tapi  akak aku bagi aku kerja rumah. Bukan kerja rumah matematik ke karangan ke apa, tapi minta tolong setelkan baju and barang dia nak masak balik kerja nanti. Dah tu tengok lantai berdebu, geram pulak rasa berhabuk-habuk kat kaki. Aku pun ambil vakum , vakum mana yang patut. Aku tahu kerja tu tak berat, tapi kerja tu macam sangatlah memakan masa bagi aku. Aku memang jenis buat kerja lambat, jadi punyalah culas rasanya dan stress sendiri dibuatnya, sebab kena buat sorang-sorang and lambat nak habis. 


 Aku melihat keadaan ni sebagai cabaran hidup aku di masa hadapan. melihat sendiri keadaan kaum keluarga yang dah berkeluarga, aku geleng kepala memikirkan mampukah aku menempuh dugaan yang mereka harungi. Kuatkah aku?
Pakaian... 
Bermula daripada mengumpul pakaian kotor..
mencuci... menjemur...

Mengangkat jemuran...
Melipat pakaian... mengagihkan pakaian kepada ahli keluarga... Agak-agaknya cukup kah semua ni nak siapkan dalam satu jam? Dan sanggupkah aku menumpukan satu jam tersebut untuk tugasan rutin/repetatif dan tak kompetetif sebegini? Kalau kata jenis balik lewat petang, tak laratnya nak kemas pakaian malam-malam. Jadinya kenalah bangun awal nak siapkan hal baju bajuan. Jika tidak jadi bukit bukau lah baju bajuan tersebut. Itu baru pakaian... 


Boleh kata ibu-ibu mesti tahu keadaan almari setiap ahli keluarga. Itu baru almari, belum cerita katil dan bantal dan sarung-sarung bantal dan sarung-sarung tilam, langsir dan sebagainya. Semua ilmu tersebut berada dalam pengetahuan ibu. Daripada hal bilik tidur ke dapur.... Hal membeli perkakasan dapur, barang basah, barang kering, barangan keperluan ahli keluarga, sabun dan syampu.. Kemudian nak memasak dan .. mengemas...? Siapa yang buat keputusan dan membanting tulang empat kerat jika tidak ibu-ibu?

Dalam era globalisasi dunia tiada sempadan ni pula ramai wanita yang dah mencapai tahap marhaen dan semestinya tak ketinggalan untuk skrol fb, meng-update status... mengikuti perkembangan semasa... usha barang apa nak beli online, pm2 online seller, nego harga.. check seller mana lebih murah... Nak check mana kawasan ada buat sale...  Ingat sekejap ke nak buat semua tugasan tu? Walaupun sibuk dengan dunia di hujung jari, para wanita dan ibu masih perlu menjalankan tugas memantau perkembangan emosi ahli keluarga, Nak 'follow' perkembangan ahli keluarga dan anak-anak... Suruh bangun awal, nak suruh mandi, suruh mandi sabun badan, belum lagi terjerit-jerit suruh anak solat.. suruh anak siapakan keperluan sekolah, siapkan makan minum. Itu kalau anak seorang, kalau anak dua tiga empat atau tujuh orang? Jadi tak payah lah bayangkan scene2 ibu-ibu menuangkan air teh ke dalam cawan ayah sambil ayah membaca surat khabar dan ibu pun bertanya "adik kat sekolah macam mana?.. Belajar Ok?.. Ada kerja rumah tak nak ibu tolong?"


Pengajaran untuk aku? Kena ajar anak bantu sama-sama jalankan tanggungjawab jaga kebersihan rumah dan jaga kebersihan diri. Tak larat lah aku nak jaga semua... 

No comments:

Post a Comment