Clouds

Wednesday, 30 July 2014

Out Of Nothing



Banyak kerja , tak tahu mana nak mula. Lallala.. sampai bila-bila tak start. Nak start kerja, main game dulu..
Nak start kerja, buat air dulu.. Common .. tickle your feet. Look at the other.. If others pun loosy semacam, change your view. 360 not enough, you need to climb the ladder, two steps higher and look around. Realize that yr 1000 miles left behind.

Time wont wait, age get wasted. No pay no gain, The pay is just pain. Get yr butt off the seat. The best seat is when things done. Broken english, what ever..

Menganggur... cari kerja, cari kerja. ... Jobstreet, Jobraido, starzjob.. mercadojobs.. Daftar je.. Kebanyakan requirement diorang dlm bntuk management, accountacy, machinary. Tak yah nak glamer sangatlah.. klu nk tunggu kerja glamer, makan pasirlah jawabnya.
 Budak account nampaknya.. HR.. dan Engineering.. Feel free to apply, banyak peluang untuk korang. Aku masih menggagau jalan menuju cinta ku, cita-cita ku.Ingat nk jd hacker satellite US,  cita-cita dipusara.

Contoh position yang ada-ada :
Tak perlu risau walaupun kelulusan tak tinggi, janji ada SPM. Daftar je, isi maklumat diri tapi pastikan ada emel dulu. yahoo atau gmail. Nanti sambil-sambil cek FB cek sekali emel.. Notis akan masuk melalui emel. belek je kekosongan yang mana suka.
 

 

Monday, 2 June 2014

Last Study Week

Balik dari Jepun, sepatutnya aku lagi bersemangat nak study. tapi tak tahu apa lah yang mebelenggu aku sekarang. Aku tak boleh nak fokus langsung. Ada benda lagi yang tak setel. Sangat bayak..
FYP, permohonan master. Aku tak tentu hala..main banyak, makan banyak, melagha banyak.
rasa nak tidur je..rasa tak kena.

Ya Allah atau aku ada urusan dengan makhluk mu. Dugaan ni terasa sangat subtle.. Tuhan jangan kau duga aku sebegini..

Wednesday, 30 April 2014

Insan Tidak Berduit


3rd year ni sibuk nak pergi dinner, nak beli baju baru, nak bacpack dngan kawan, nak makan seoul garden, nak beli tudung online..

Masalahnya, duit thesis x simpan pun, duit ptptn dah habis, duit grad x bayar lagi, hutang kopi ais pun tak bayar lagi. Kamera  rosak x baiki, waramty tak ditunutut rugi. Haish.. Acane, dah 3rd year..  Tak tahu lah pasni nak makan ape..

Thursday, 20 February 2014

Double Standard.

Cantik x? cantikkan tandas macam ni? Wangi, ada aromaterapi lagi.


 Tapi sayangnya, takder tiub. Macammana nak cuci ? Guna tisu je?


 Ni pulak surau sementara, pintu kanan pintu lelaki. Pintu kiri pintu perempuan. Macam cantik, luas, selesa.
 Tapi 3 buah board ni je yang memisahkan ruang lelaki perempuan. Bila nak pakai tudung, tersorok-sorok, berebut space dengan muslimah yang solat. Ada gap lagi, kalau lelaki menjeling memang nampak. Tengah adjust2 tudung, kalau terkeluar sikit dari board tu, memang terdedah kat orang lelaki yang keluar masuk dewan solat

So apa isunya ni? 
Tempat macam ni bukan sebuah dua, selalu kita jumpa keadaan tandas dan ruang solat yang tak sempurna. Alhamdulillah bersih, tapi selekeh. Toilet canggih tapi takder air. Takkan dia harap orang islam yang guna tandas tadi tu cuci guna tisu je? 

Ruang solat tu pulak cuma muat beberapa orang aje, sempit. Atau memang diaorang suspek tak ramai melayu2 (islam) yang datang tu jenis solat? Sebab tu buat kecik je?. Memang banyak tempat macam ni, mall sikit punya besar, hotel sikit punya kilat. tapi surau macam stor.

Kita bukan dekat tanah eropah, kita duduk dalam negara Islam. Undang-undang islam, kerajaan islam, menteri islam. Puasa, raya kita sambut. Tapi bab-bab halus yang melibatkan ibadah terbiar, makin terjejas dan lama-lama jadi sth common.


Sunday, 16 February 2014

Nak Motor!!

Hujung 3rd year sem 1 yang lepas aku telah merengek dan mengeluh sepuas-puasnya kerana inginkan motor. Puncanya sebab rasa beban dengan FYP , pengangkutan awam dalam U mengecewakan, dan masalah masa sungguh meletihkan. Haish...

Setiap hari nak pergi keje (part-time) aku akan berfikir tentang si motor. Sekarang cuti sem, waktu yang paling sesuai untuk memiliki motor, tapi mengapa aku masih tak beli?

-sebab aku masih berfikir, "mampukah aku memiliki motor?"
Kerana kemampuan, aku memilih motor yang sederhana ini. Tetapi kerana kemampuan juga aku melupakannya.
Suka oren, tapi menjerit sangat atas jalan nanti. Hitam lebih invisible~
moto yang aku usha sekarang atas sikit dari ex5, iaitu honda wave DX. bezanya dengan honda wave S dalam 300 je. Tapi menjadikan harga cashnya sekitar RM4,700. Motor akan sangat bermanfaat untuk aku yang suka menyibukkan diri ni. FYP + kelas BI + kelas Muay Thai + pergi kolam + pergi kelas hari-hari +memanfaatkan lesen motor.

Tapi kalau aku beli jugak motor, kesannya
= simpanan aku akan habis + barang kemas peninggalan mak aku akan ke kedai pajak + kena cari kerja tetap untuk pastikan aku bayar sewa pajak + KENA KERJA, baru plan tak nak kerja sem ni.
= mempunyai motor menimbulkan persoalan , mampukah aku menjaga si motor? + mampukah aku menangani risiko xsiden? kos rosak? + mampukah aku hidup dengan simpanan RM0?.

Demi memastikan konsistensi hidup aku, agar stok biskut coklat aku berterusan.. ( biar catu nasi, tapi jangan sekat biskut !). Aku terpaksa tekadkan diri untuk hidup tanpa moto sem ni. Tekadkan hati untuk berjalan ke school bahasa, tabahkan diri untuk menanti bas yang maha lewat.

Baju melayu kawannya sampin, keris sisipan dihujung jari,
Mengukur baju di depan cermin, padan-padankan dibadan sendiri.

Motor ialah liabiliti. Semoga aku kekal memelihara kredibiliti kelestarian ini. Telan word ni  => #Saya suka kenderaan awam

Sunday, 2 February 2014

Pengalaman Kerja Sambil Belajar

Demi sebuah percutian aku buat part-time di sebuah pasaraya. Mula apply kat Mydin, tapi tak dapat. (xlayak ke aku jadi cashier? xlayak ke??). tesco penuh dah, mintak kat cafe xdpat. Kalau apply waiter kat kedai makan, nanti penat sangat. kecuali kalau xda kelas awal pagi dan lewat petang bolehlah.

Susah nak decide , nak kerja atau x, sebab ia melibatkan masa aku. Masa aku yang selalu takder masa ni. (Takder masa memanjang..) Masalahnya dengan FYP dan paper repeat aku = Calculus,sebab mengharapkan result yang lebih baik.

Tapi sebab memang betul takda duit nak pergi KRABi~ kerja je pilihan aku ada. Saja nak merasa backpacker ngan member. Aku jadi promoter pakaian lelaki. Kenapa pakaian lelaki? sebab pakaian perempuan buat aku tak tahan nak beli. Seriously, baju lelaki pun aku sibuk belek, apatah lagi perempuan.

Aku share duit minyak ngan member, tumpang moto dia pergi keje. Syarat kerja kat situ, 6 hari seminggu. Penat tu agaklah, Penatnya bila habis kelas, tunggu bas balik bilik. Sampai bilik, terus siap-siap pergi kerja. Untungnya balik pukul 10, kerja lain biasa memerlukan balik pukul 11 @ 12. Sampai bilik siap mandi semua dalam pukul 11, pastu boleh tgok keje2 rumah ke assignmnet fb ke bla2.. xsampai sejam aku pun hilang ke alam mimpi.

 Lain kalau kerja dekat Mydin, syaratnya kerja 20 jam seminggu, flexible untuk punchkad. Yang bestnya, boleh pilih hari nak berpenat-penat dan bersenang-senang. Hari-hari boleh cuti tapi sabtu ahad boleh pulun satu hari kerja, pagi sampai tengah malam dan lengkapkan jam selebihnya malam jumaat..+ kerja kat Mydin gaji bersih, gaji xcmpur duit jualan arak. Barang Mydin sume halal.

 Kerja kat pasaraya aku ni, sebabnya xramai pelanggan (jenama mahal) jd aku ada masa nak curi-curi baca nota, lagi-lagi kalau esoknya test.  Tapi kalau korang tak nak terasa masa berjalan, pilihlah jenama yang disukai ramai, iaitu jenama pakaian yang harga berpatutan.

Memang pengurusan masa penting, kerja tak boleh buat last minute. Tapi manfaat sebenarnya adalah kepekaan terhadap masa semakin bertambah, dalam kelas lebih fokus dan penggunaan masa jadi lebih efisien. (Kecuali bab tunggu bas nak pergi kelas).  + buat study grup waktu study week. Jadi tak rushing nak habiskan silibus sorang-sorang +  keyakinan diri menghadapi peperiksaan bertambah walaupun sedar tak habis study.

Lastly aku dapat kumpul 500 ringgit dlam masa 2 bulan. Cukup-cukup jer nak pergi krabi.
 Lpas balik dri Krabi, memang berangan nak melancong lagi next sem, untuk manfaatkan pasport antarabangsa berRM 100 tu. Seriously melancong best, lagi bermakna dengan duit sendiri.

Tp untuk kerja lagi sem depan aku kena pikir masak3, sebab kena fokus lebih sket kat akademik. FYP not easy beb. Aku sangat blur...takut Viva aku lingkup lagi. Overall result aku sem ni akan menjunam, sebab nasib kali ni tak menyebelahi paper repeat aku. Pengajarannya kalau nak repeat paper, study dlu lecturer dia. Lecturer baru biasanya susah nak diramal cara dia buat soalan.
Perkenalkan, part of  my hectic schedule. -the FYP on Grain Size Analysis