Clouds
Showing posts with label Beli motor. Show all posts
Showing posts with label Beli motor. Show all posts

Thursday, 4 December 2014

Motosikal Idaman

Aku takde motosikal idaman, aku cuma mengidamkan sebuah motosikal. Tapi ;

-Skuter reject, sebab xsesuai dengan roh.
-LC reject, sangat selesa ditunggang tapi harga di luar bajet.. .
-Ex5 reject, sebab tak mendapat sokongan keluarga dan dimomokkan dengan kecurian.
-Honda future, sepanjang perjalanan ke kedai moto aku jumpa orang bawa moto tu - clear sign yang aku xpatut memilikinya..
-Honda Dash, dah tersenarai dalam pemerhatian, tapi lampu belakang dy aku kurang minat, plus kawan aku cakap motor tu berat nai bukit. Tak tawlah kalau dia yang tak pernah servis moto ke apa.
-Suzuki almost terbeli, tapi reject bila naik moto tu. kepala motor tu rendah, rasa cam naik moto budak2. Jadi tak rasa selamat bila badan terlalu terdedah pad luruan angin di atas jalan raya,
-Honda wave - na usha tapi tiba2 lak takde kat kedai tu, downpayment mahal la ..kata aku xmmpu bayar la bla2.., sebnanya salesman tu dah penat layan aku.

Semua cam hampir hilang kewarasan menunggu aku buat pilihan, jadi aku selamatkan keadaan dengan pick je modenas yang paling dekat dengan aku. Modenas MR1, aku xdelah bkenan sangat dngan rupa dy. Tapi bagi aku OK lah, sebab tak serabut sangat, pattern x spike sana sni. Rasa selamat sebab boleh sorok kaki bila nai motor ni. Waktu aku naik showroom aku cakap nak suzuki, bila trun tiba2 nak modenas, sape tak hangin. Weee... Nak buat macam mana.

Jadi 3 hari lagi moto akan keluar .Aku sedar meter dy oldskol,aku sedar gear dia keras, walaupun MR1 ni x laju dan xda disk brake. Tapi puas dapat beli cash, sebab aku tak perlu bayar lebih bunga-bunga cinta . Aku berjaya memujuk akak aku supaya belikan cash. Jadinya tiap2 bulan aku bayar kat
akak aku je~


Sunday, 16 February 2014

Nak Motor!!

Hujung 3rd year sem 1 yang lepas aku telah merengek dan mengeluh sepuas-puasnya kerana inginkan motor. Puncanya sebab rasa beban dengan FYP , pengangkutan awam dalam U mengecewakan, dan masalah masa sungguh meletihkan. Haish...

Setiap hari nak pergi keje (part-time) aku akan berfikir tentang si motor. Sekarang cuti sem, waktu yang paling sesuai untuk memiliki motor, tapi mengapa aku masih tak beli?

-sebab aku masih berfikir, "mampukah aku memiliki motor?"
Kerana kemampuan, aku memilih motor yang sederhana ini. Tetapi kerana kemampuan juga aku melupakannya.
Suka oren, tapi menjerit sangat atas jalan nanti. Hitam lebih invisible~
moto yang aku usha sekarang atas sikit dari ex5, iaitu honda wave DX. bezanya dengan honda wave S dalam 300 je. Tapi menjadikan harga cashnya sekitar RM4,700. Motor akan sangat bermanfaat untuk aku yang suka menyibukkan diri ni. FYP + kelas BI + kelas Muay Thai + pergi kolam + pergi kelas hari-hari +memanfaatkan lesen motor.

Tapi kalau aku beli jugak motor, kesannya
= simpanan aku akan habis + barang kemas peninggalan mak aku akan ke kedai pajak + kena cari kerja tetap untuk pastikan aku bayar sewa pajak + KENA KERJA, baru plan tak nak kerja sem ni.
= mempunyai motor menimbulkan persoalan , mampukah aku menjaga si motor? + mampukah aku menangani risiko xsiden? kos rosak? + mampukah aku hidup dengan simpanan RM0?.

Demi memastikan konsistensi hidup aku, agar stok biskut coklat aku berterusan.. ( biar catu nasi, tapi jangan sekat biskut !). Aku terpaksa tekadkan diri untuk hidup tanpa moto sem ni. Tekadkan hati untuk berjalan ke school bahasa, tabahkan diri untuk menanti bas yang maha lewat.

Baju melayu kawannya sampin, keris sisipan dihujung jari,
Mengukur baju di depan cermin, padan-padankan dibadan sendiri.

Motor ialah liabiliti. Semoga aku kekal memelihara kredibiliti kelestarian ini. Telan word ni  => #Saya suka kenderaan awam