Clouds

Monday, 7 September 2015

Laporan destinasi di Jepun... Hai'!!

Nama program : Jenensys 2.0  (Batch 11)> Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youths
Tema : Science and Technology
Tarikh : 20 Mei - 27 Mei 2014
Kumpulan G
Destinasi : Miyagi
Ringgit dibelanjakan : +/- RM500 (bajet cenderamata dan air kotak sahaja, yang lain ditanggung kerajaan Jepun)

Naik kenderaan ayah angkat menuju ke rumah angkat di Miyagi. Luasnya kereta dia, boleh buat bilik sewa...

20 Mei
- lawat Imperial Palace (Cuacana redup dingin,langit putih. mentari terik-terik manja. nilah masanya masing-masing bergambar tayang background Jepun.)
- Makan di restoran India (Terkesima, restoran India in Jepun? The taste not as good as mamak )

21 Mei
-Lawat Shibaura Water Reclamation Center (nampak kesungguhan orang Jepun memelihara kebersihan air mereka)
- Tinggalkan Tokyo ke Sendai naik Shinkansen /Keretapi peluru/Bulllet Train (Excited, train laju, tiket ditanggung. )

22 Mei
-Lawat bangunan kerajaan Miyagi (Kagum, jepun tak patah semangat dek gempa bumi dan kebocoran nuklear. gambar menunjukkan bertapa pantas Jepun bangkit dari petaka kemusnahan gempa. Disusuli sususan dalam perancangan bandarnya)
-Lawat Fakulti Life Design, Institut Teknologi Tohoku (Tersentuh, pelajar Jepun yang pandai ambil hati.)

23 Mei
-Lawat kilang YKK AP, Tohoku (Terbaik, penglibatan industri dalam menyepadukan perniagaan dan kepentingan alam sekitar. Kilang ni sedikan sebuah tanah yang sangat luas hanya untuk dibiarkan hijau dek rumput, pokok dan kolam ikan)
-Lawat Chida Clean Corp, perusahaan tenaga kitar semula. (Menarik. mengolah tanah yang tercemar dek radiasi menjadi tanah pertanian, dan hasil pertaniannya sebagai bahan bakar. kreatif! sebab hasil tanaman dari tanah tersebut tak boleh dimakan manusia atau haiwan.)

24 Mei
-Bermalam dengan keluarga angkat/ host family (Seronok.. Sob2.. nak habiskan usia tua dekat sini. Ada kolam air panas semula jadi, ada bukit, ada salji, boleh main si. Kehidupan yang tenang, tak banyak kenderaan. )

25 Mei
-Bye2 Kukuchi San (Sedih, bila nak jumpa lagi?)
-Lukis Naruko/ Patung kayu (Bertuah, tak perlu beli. lukis sendiri. )

26 Mei
- Present (otak meliar fikir souvenir cukup ke tak)

27 Mei
- Bye2 Narita Airport, Bye2 Jepun. (Berat hati, berat yang luar biasa sebab kamera tercicir)



Buka mata, budaya dan masyarakat Jepun... Love it~


No comments:

Post a Comment