Demi sebuah percutian aku buat part-time di sebuah pasaraya. Mula apply kat Mydin, tapi tak dapat. (xlayak ke aku jadi cashier? xlayak ke??). tesco penuh dah, mintak kat cafe xdpat. Kalau apply waiter kat kedai makan, nanti penat sangat. kecuali kalau xda kelas awal pagi dan lewat petang bolehlah.
Susah nak decide , nak kerja atau x, sebab ia melibatkan masa aku. Masa aku yang selalu takder masa ni. (Takder masa memanjang..) Masalahnya dengan FYP dan paper repeat aku = Calculus,sebab mengharapkan result yang lebih baik.
Tapi sebab memang betul takda duit nak pergi KRABi~ kerja je pilihan aku ada. Saja nak merasa backpacker ngan member. Aku jadi promoter pakaian lelaki. Kenapa pakaian lelaki? sebab pakaian perempuan buat aku tak tahan nak beli. Seriously, baju lelaki pun aku sibuk belek, apatah lagi perempuan.
Aku share duit minyak ngan member, tumpang moto dia pergi keje. Syarat kerja kat situ, 6 hari seminggu. Penat tu agaklah, Penatnya bila habis kelas, tunggu bas balik bilik. Sampai bilik, terus siap-siap pergi kerja. Untungnya balik pukul 10, kerja lain biasa memerlukan balik pukul 11 @ 12. Sampai bilik siap mandi semua dalam pukul 11, pastu boleh tgok keje2 rumah ke assignmnet fb ke bla2.. xsampai sejam aku pun hilang ke alam mimpi.
Lain kalau kerja dekat Mydin, syaratnya kerja 20 jam seminggu, flexible untuk punchkad. Yang bestnya, boleh pilih hari nak berpenat-penat dan bersenang-senang. Hari-hari boleh cuti tapi sabtu ahad boleh pulun satu hari kerja, pagi sampai tengah malam dan lengkapkan jam selebihnya malam jumaat..+ kerja kat Mydin gaji bersih, gaji xcmpur duit jualan arak. Barang Mydin sume halal.
Kerja kat pasaraya aku ni, sebabnya xramai pelanggan (jenama mahal) jd aku ada masa nak curi-curi baca nota, lagi-lagi kalau esoknya test. Tapi kalau korang tak nak terasa masa berjalan, pilihlah jenama yang disukai ramai, iaitu jenama pakaian yang harga berpatutan.
Memang pengurusan masa penting, kerja tak boleh buat last minute. Tapi manfaat sebenarnya adalah kepekaan terhadap masa semakin bertambah, dalam kelas lebih fokus dan penggunaan masa jadi lebih efisien. (Kecuali bab tunggu bas nak pergi kelas). + buat study grup waktu study week. Jadi tak rushing nak habiskan silibus sorang-sorang + keyakinan diri menghadapi peperiksaan bertambah walaupun sedar tak habis study.
Lastly aku dapat kumpul 500 ringgit dlam masa 2 bulan. Cukup-cukup jer nak pergi krabi.
Lpas balik dri Krabi, memang berangan nak melancong lagi next sem, untuk manfaatkan pasport antarabangsa berRM 100 tu. Seriously melancong best, lagi bermakna dengan duit sendiri.
Tp untuk kerja lagi sem depan aku kena pikir masak3, sebab kena fokus lebih sket kat akademik. FYP not easy beb. Aku sangat blur...takut Viva aku lingkup lagi. Overall result aku sem ni akan menjunam, sebab nasib kali ni tak menyebelahi paper repeat aku. Pengajarannya kalau nak repeat paper, study dlu lecturer dia. Lecturer baru biasanya susah nak diramal cara dia buat soalan.
|
Perkenalkan, part of my hectic schedule. -the FYP on Grain Size Analysis |
|
|