Tanpa disengajakan terjebak pula Nisa dengan Geofizik Grand Meeting. Uish baru ingat nak lari. Ok, matanya masih mengantuk dan sejam kemudian Nisa membawa matanya yang mengantuk ke kelas BI pula. Buat latihan pun entah apa2. Dari jauh Madam memerhatikan Nisa yang terkulat-kulat menggagahi matanya. habis kelas BI berjalan ke fakulti untuk solat dan menyambung lab reportnya yang tersekat-sekat hendak disiapkan. Cuaca panas, dan hatinya juga panas mengenangkan petangnya yang diganggu oleh Lab Report yang tak selesai. Ini semua Komputer lama tu punya pasal. Nak disket lah, pendrive tak boleh kecuali pendrive lama. Lepas tu yang pegang pendrive plak entah kemana lesapnya. Argh...
Hati panas, emosional rasa nak menangis semua bercampur baur. lepas solat Zuhur Nisa dapatkan kekuatan untuk memecahkan belenggu perasaannya. Alhamdulillah Nisa cuba tenangkan diri dan bersosial sikit dengan teman sekeliling untuk legakan hatinya yang macam digumpal-gumpal. Bersosial sikit-sikit jelah tapi,lebih2 nanti tak siap kerja plak.
Alhamdulillah lab reportnya selesai dan berjaya di hantar sebelum jam lima. Tiba masa nak pulang, tapi Nisa sudah berjanji untuk ke tapak karnival makanan johor. OK janji ditepati dan dia menanti 2 orang temannya menyelesaikan lab report. Tiba di tapak jualan tersebut kawannya pula sibuk lapar dan meminta Nisa menemankannya makan. Nisa agak enggan sebab jam sudah lewat, Asar xlagi, lagipun dia puasa, xkan nak menghadap kawannya makan. Tapi 2kali di ayat dari kawannya, Nisa akur kehendak kawannya yang lapar. Tunggu kawan makan, lepas tu tunggu bas dalam kampus, kemudian menunggu bas hostel. penatian bukan sesuatu yang mudah bagi orang yang tengah puasa, mengantuk, tension dan letih. Tapi sebab tak larat nak cakap apa-apa, Nisa diam je.
Sampai bilik jam dah pukul tujuh dan Nisa masih belum bersolat Asar. Sungguh matanya mengantuk tapi mustahil ada ruang untuk nisa tidur dahulu. Segera dia bersolat Asar, Asar pada jam tujuh. Nisa benar-benar kecewa dengan dirinya sendiri. tensyen mengantuk, sedih dan marah pada diri sendiri. Nisa tidur selepas solat Asar, tidur pada jam tujuh.
Selalu Nisa berdoa memohon pada Tuhan agar dia dikurniakan bakat Khalifah yang selayaknya. Namun peristiwa tersebut buat Nisa berfikir panjang, bagaimana mungkin dia berasa layak mengaharapkan bakat memerintah jika waktu peribadinya sendiri berada dalam keputusan orang lain. Nisa malu pada diri, solat Asar pada jam tujuh. Tiada darurat tiada apa-apa sekatan, dia aman , dia bebas di dalam kawasan USM. Bagaimana mungkin dia boleh bersolat Asar pada jam tujuh. Nisa ada banyak pilihan waktu tersebut, samada berkeras ajak kawannya makan di bilik, suruh kawannya makan cepat sikit, tinggalkan kawan-kawannya sekejap dan solat, pergi solat sementara tunggu bas, atau jalan kaki pulang hostel daripada tunggu bas yang gila lama. Nisa marah, tapi marah pada diri sendiri.
No comments:
Post a Comment