Clouds

Wednesday, 2 January 2013

Esok ZCT 211-vector

Petang penghabisan untuk subjek Vektor.
Esok Khamis 3/1/13, sebelum pukul sembilan kena pergi DKU.. paper mula2, subjek vektor. sminggu study week aku habiskan menghadap surface integral sebab xpaham2 sampai la petang ni.. iaitu beberapa jam sebelum bsok. baju tak iron lagi ni, slip pun blom print.. kalut plak rasanya..

Sedang study2 kawan aku tanya , "ko dulu matrik dapat 4.0 flat ke?" haha.. geli hati aku dengar. kalu expect aku budak extent possible la jugak, expect aku 4.0 flat memang harap lah. Tapi bersebab la dia tanya, mungkin aku nampak cam extreme study, tapi xla extreme. Cuma the degree of skema is quite higher than her. Well bole kata aku ni jenis study yang xbrapa smart.

Memang benda ni jadi isu pada aku, ada yang tanya, "ko kat bilik mesti study je kan?". Agak demoralized bila dworang tanya camtu, pedas lagi bila ada ayat seasoning "cam xda life jer."

Tapi papelah, aku ada motif untuk jadi camtu, first aku akui aku lambat. Jadi ada rasa xda jalan lain lagi untuk orang yang xbrapa genius macam aku ni selain terpaksa menjadi rajin? Man jadda wajadda kan. Kalau anak burung tak tahu terbang, ape ada cara lain lagi ke untuk dia terbang selain kena jugak belajar terbang?

Kedua, bole je aku nak enjoy2. Balik kelas gi mall.. tapi dasat pelupa macam aku ni akan terasalah akibatnya. Lepas buku je, ingatan sume lari2. Yep seriously aku pelupa. Messy, tedious, careless. Tapi orang tua kata belakang parang diasah lagikan tajam. Cuma mungkin orang pikir aku mengasah otak sampai berdarah-darah. Haha, well thats not happen yet.

Dan yang paling penting, aku bukan gila study sebab nak grab pointer tinggi, ntalah. Tapi aku terasa sangat bertanggungjawab untuk grade dengan cemerlang. Aku perlu kerja, perlu bantu keluarga. Aim aku bukan nak hidup mewah, tapi at least aku mampu keluarkan belanja untuk pergi piknik dengan family. Ape ingat nak pergi piknik free ke. Untuk ada simpanan, untuk ada rumah, ada tanah. Nanti bole tanam pokok buah-buahan.
 "Believe with the beauty of your dream"
Selain tu ianya tentang our pride. Malas cakap la, tengok sendiri la kedudukan bangsa kita. Well aku bukan someone outstanding, kebolehan aku skarang untuk meramaikan je yang ala2 nak jadi outstanding tu. Tapi pun aku bukan kerjanya study je.. Hidup bukan sehala ok, banyak lagi benda kena settle. tak guna pulun ilmu banyak2, appliednye tidak. Segan jugak kadang orang tanya jalan, aku tak tahu nak tunjuk tempat tu kat mane, haha.. abis acane. aku bukan mobil sangat. Nanti la aku keluar sikit2 dari dunia jumud aku ni. Aku bukan anti sosial, cuma macam tak banyak masa nak bersosial. dan juga sebab tak banyak wang nak bersosial. Tapi aku tahu apa aku buat sekarang, aku nak bantuan ok, bukan pandangan sinis. Erg, apapelah, maybe this is the battle.
Moga Allah menghulurkan rezeki buat aku.. Amin.



No comments:

Post a Comment