Clouds

Friday, 21 December 2012

Kadang aku rasa macam sunyi sangat. Mana kawan2 yang aku cari..

lain antara orang yang sayang kita dengan orang yang terima kita seadanya.
orang terima kita seadanya sebab mereka xhirau dengan kita. tapi orang yang sayang kita akan selalu nak ubah kita untuk jadi better. Tapi hati2 bersama orang yang sayangkan kita, sebab boleh jadi orang yang sayang kita xhiraukan kita lagi.

saya xnak jadi sombong, saya tak suka orang sombong. Tapi saya manusia biasa, ada perkara yang awak buat saya tak boleh terima. Jadi terkadang saya cuma jadi batu dihadapan awak. Jadi elaklah saya, kalau awak langgar nanti, awak yang cedera.

kawan boleh menjadi batu, diam bisu, xboleh dilalu, kena elak, kalau langgar nanti calar.

Bukan mudah bagi nasihat. Diulangi, bukan mudah bagi nasihat. Bila seseorang menegur, itu membawa dua maksud:
  1.  dia menyampah atau 
  2. sangat sayang dengan kita.

Nasihat diusul dengan mengharapkan kesan. Maka setiap nasihat tu ada tempoh pemerhatian. seperti petani yang selalu menyiram pokoknya. Dia mengharapkan usahanya memucuk, menjadi. Bila pucuk tak keluar, kecewa la petani tu. Kena petani yang bersungguh-sungguh, dia takkan putus asa, tapi kalau kena dekat petani yang mudah putus harapan. Tinggal macamtu jelah benih tu.

 Nasihat adalah usaha teman kita untuk membetulkan kita. Jadi kalau nasihat tak jalan, kena tinggal dengan memberlah jawabnya.


Ya Allah pandulah hamba ini, hambamu ini tenggelam dalam rasa marah dan kasih. Kerana kasihan dirinya, kerana marahkan tindaknya. Aku menjadi batu dihadapannya, kelak aku takut aku menyejatkan kelembutannya, menutup hatinya, mebuatkan dia tenggelam jauh ke dalam pusar yang kelam dan sendirian. Tuhan tunjukkanlah aku.

No comments:

Post a Comment