Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.Mana-mana kawasan kejiranan aku boleh dengar orang establish orang tu sombong, orang ni sombong. Baik kampung baik pekan. Terutamanya bila ada beza pada pangkat pendidikannya. Antara ungkapan-ungkapan yang pernah kedengaran dek telinga sepasang aku ni.
Di pekan,
@ Datuk tu kan, kecik je rumahnya. Selalu datuk-datuk pakai rumah semi-D
# Sje je kut nak pakai rumah kecik. Tapi bininya ramah, pandai berborak. Takdelah sombong.
@ Yelah biasa dworang bercakap nak memilih kawan, pilih pangkat.
Di kampung pun lebih kurang ceritanya. Lagi-lagi bila hari raya, hal anak-anak sedara tak mahu menjenguk orang tua, pak cik mak cik atau kawan-kawan ibu ayah. Ataupun anak-anak muda tak mahu menegur orang tua bila berselisih, buat bodoh bila terserempak kat pasar atau kedai kopi. Kata orang tua ringan-ringankanlah mulut, buat manis mulut je. Ajak-ajak ayam pun takpe. (betul ke takpe? yang ni aku tak pasti. Bapak aku blom ajar lagi.)
Kat Sekolah pun ada citer camni, contohnya bila cikgu bezakan antara budak Sains dengan Budak Sastera. Budak Sains ni hidup mati memang dapat tittle sombong. Mengapakah ini terjadi? Dimanakah silapnya? Salah ke guru yang mendidik? Silap ke ibu ayahnya? Faktor genetik? Mentaliti? Atau sebab kebodohan sendiri? (Ei keras bunyik.)
Apapelah, tapi yang pasti kita boleh membetulkan diri. Sendiri boleh pikir lah elok ke sombong-sombong ni? Antara punca sombong ni ialah bila kita fikir its ok to keep our own bussiness, dalam masa yang sama kita buat bodoh je dengan orang lain. Buat hal masing-masing, connected dengan certain orang je.
Lebih-lebih lagi dalam dunia maju sekarang, walaupun kita boleh berdikari. Jangan lupa Ukhuwah tu penting, nilai-nilai perpaduan yang tak terdidik dalam dunia teknologi sekarang. Kalau susah sangat nak rasakan kepentingan 'hubungan'. Bayangkan je lah kalau satu hari kita susah, anak sakit mental nak kena buat operation kat New Zealand, nak kena pakai duit banyak-banyak. kau ingat ko mintak tolong kat FB je dapat la. Orang Like memang beribu-ribu, tapi sokongan bantuan harapan yang ko perlukan tu hanya tergantung kat situ je lah. Sebab ko dah la tak pernah menjenguk orang, menegur pun tidak. Duit simpan beli barang-barang buat memenuhkan rumah, tak delah hulur-hulur buat meriah event keluarga. Waktu senang,senang sorang-sorang. Bila susah baru nak cari orang lain.
Tak semestinya kena jadi ramah tamah borak berjela-jela. Kita memang tak rasa diri kita ni sombong.
Cukuplah sekadar tersenyum, orang tengok pun berlapang dada. Sapa-sapa pun anti betul kalau dah senyum tak dibalas. Kadang mungkin kita tak perasan orang tu senyum pada kita. Sebab tu penting untuk kita senyum atau tegur orang tanpa berkira siapa mula dulu. Jangan selalu amalkan budaya buat-buat tak nampak. Aku terasa betul member buat camtu. Pada aku mesej yang dia sampaikan, 'Jangan dekat dalam hidup aku.' Satu penghalauan. Dengan hantu boleh la kau buat-buat tak nampak
Jangan sombong ok. Bukan kita je yang ada perasaan.
No comments:
Post a Comment