Clouds

Monday, 22 July 2013

Another Day as USM student..


Selesai periksa meteor! -Rasa kurang sikit beban.. Tapi tadi, waktu pengawas nak kutip soalan, aku baru perasan soalan 1c) aku xjawab lagi! Pe lagi, macam ribut taufan aku belasah.
Lets count down...!
 

Balik bilik, em.. bilik pun dah macam apartment tinggal. So kemas la periuk2 pinggan mangkuk malam tadi. Hari ni cerah, rasa senang hati, perut pun dah kenyang, so pergi jemur bantal, rendam baju, buang sawang, sapu sampah.
Fine masuk exam, tapi aku lukis rupa tak sama... erg..Takpe dah bole cabut. Tapi rasa sayang nak cabut.

 
Pesan Mak Itam, Mandi guna limau.. buang bau badan.








Peristiwa petang semalam..



100 plus milik cube-mate yg nyaris demam, botol prego kosong, sudu jiran, pokok lidah buaya yang hidup segan, bawang ada, kuaci hamster ada. Dah bukan meja study dah ni..

Nota Kaki Ngantuk.



Hari ni hari k-4 aku praktikal. So far aku belajar "berpuasa" - menahan diri daripada biskut dan cereal.
 Roti, dalam usaha sekat makan roti. Tapi kuih, jangan halang aku daripada makan kuih.
 Nisa kakai Jimat, so sakitlah aku yang selera boros ni. Tapi its oraite, its helping me, the one who got no money.....  

Hari-hari kat tempat Keje ngantuk. Teraweh xyah sebutlah, aku buat zikir sendiri dalam saf. 
Terhayun-hayun badan aku ke depan ke belakang.
 Ni masalah berat, kelesuan aku ni dah mengganggu bukan sahaja masa belajar aku, malahan masa ibadah aku.
 Menjadikan waktu2 ibadah aku sebagai amalan yang xberkualiti.
 Even waktu Encik Dzazali buat meeting aku boleh membuta. (Termembuta).
So aku kena cari solusi..... Teh halia? How saleha? Larat x nak hadam teh halia pas ni??

Tangis Sahabat di PLA.


Sahabat..
Gadis itu memerlukan sahabat..

Di PLA ini,
Aku belajar lagi, tentang nilai dalam isi hati.
Dan air mata yang mengisi alur pipi.
Tangan derita saling menggenggam cerita,
Tentang perjuangan yang tidak diperhati.
Tangis ku bukan kerana terluka isi hati, 
Tapi robek hati melihat ros dan ila disakiti

Di PLA ini,
Aku masih mencari diri,
Memikirkan ambisi,
Dan kehendak yang naluri,
Keperluan pada persahabatan.
Kepentingan nilai kepercayaan,

Aku tak berani untuk memahami,
 Sahabat dan nilai di dalam hati 

Tapi aku kurang percaya diri,
 Masih rebah mencipta langkah. 

Aku hanya si kerdil yang tak pandai menyapa,
Tak mampu bicara,
Si kecil yang tuli, kerana selalu tidak memahami,

Lambat memerhati,
Selalu lewat di belakang, menurut telunjuk insan yang lebih tinggi.

Kami si kecil, yang tidak dicintai,
Merayu belas dan simpati, moga tiada lagi B. 

Tuesday, 25 June 2013

Real Food Real Happiness..

Jam 3 pagi yang dimisterikan oleh kebisingan kucing lapar.  Kalau aku jadi kucing aku xnak makan lauk tong sampah, nak duduk tepi laut tempat nelayan. Banyak ikan! Tapi tak semua kucing bertuah, kucing Restu memang membesar dengan lauk tong sampah, -anak gelandangan.
Bukan nak mengadu, cuma nak berkongsi cerita..3hari dah tak makan nasi Nak jimat satu, malas makan satu. Kesannya, aku moody. Study rasa tepu, nak jawab exam 3 jam rasa tak mampu. Tiap-tiap masa rasa nak mengeluh, tu ini tak kena. Bertambah tensyen pikir ada lagi satu paper 3unit. Tengah jawab periksa rasa macam nak meletup blood vessel ni. Tensyen! Tapi tadi petang akhirnya beli nasi, tengok cermin rasa happy. Bibir jadi merah sikit, mood naik. Rasa tenang sikit nak belajar.. tapi stil addict pada benda manis~ huhu biskut di jari jemari... 

Nampak tak kekuatan makanan kat situ, hari2 makan biskut makan roti, aku rasa macam orang hilang perasaan. So tambah lagi kesyukuran atas nikmat nasi, InsyaAllah perjuangan diteruskan, cuba study dengan perut 'happy'.

~ tunggu bapak, i will keep trying- im study!. Moga Allah memberkati usaha anakmu ini, supaya dia boleh beli kereta  dan rumah baru untuk kita. Tunggu bapak.

Sunday, 9 June 2013

Saturday, 1 June 2013

Menawan Bukit Jambul..

Sebelum ke Gunung Jerai, eloklah  warga-warga Pulau Pinang Datang ke Bukit Jambul dulu.

Minggu Study week baru bermula, hari ni hari Sabtu. Kita buka study week dengan latihan kecergasan. Pukul 8 pagi, Adib, Nuwt, Atiq dan Taqi berjanji nak mendaki Bukit Jambul. 2 orang lagi member xdapat ikut, sorang flu, sorang lagi lost contact. Sorang lagi jadi tukang cerita jer.


Gerak dari Restu USM, Bukit Jambul lagi dekat dari kompleks beli belah BJ. On the way nampak rumah2 banglo besar. Rasa rendah diri membayangkan isi rumah diorang ni.


Kebanyakan hiker dah turun, dan macam biasa kelibat warga-warga emas sentiasa menghiasi pemandangan. Dengan family, anak isteri, sorang ada, dengan cucu ada. 

Sebagai pendaki amatur, BJ ni sesuai untuk yang ada masa lebih untuk joging. Nak naik waktu pagi, sebab cuaca belum panas. Mula-mula akan jumpa lantai bukit curam lebih kurang 35 darjah, kitorang ambil jalan kanan dan ambil denai hutan daripada laluan berturap (kiri). Jalan dengan member membuatkan xperasan berapa lama masa nak ke puncak, kejap je sampai atas dah. Peluh musti punya, tapi untuk jenis non-hiker ni, mungkin perlu stop ambil nafas 2-3 kali sebelum sampai atas. 

Sinar matahari pagi.. 
Hei, getah!
jangan pandang rendah BJ, ada je laluan yang menduga pengunjungnya.
confius nak ikut mana ni? - Jalan kat denai ikut kertas putih ye. 
Open gim
Sila pandang.. nampak jambatan Pulau Pinang dari sini.
Fasiliti kat atas BJ. Selesa nak luangkan masa untuk ambil nafas.
Ada buah cempedak.
terbanglah Awan Nano..
Snap sebelum turun.

Kita balik dengan tangga.. Rasa lebih dekat.

 
Alrite, masa untuk balik...misi tamat, lepas ni singgah warung.

Waktu turun, nampak makin ramai plak ibu ayah bawa anak-anak. Seronoknya kecik lagi dah hiking. Member la ajar, waktu balik turun bukit, jalan zig zag atau jalan membelakang untuk jaga lutut. So orang perempuan jangan keberatan nak buat, sebab tubuh kita fragile. Handle with care.

Alhamdulillah..Moga kekuatan jasad kami ini kau pinjamkan lebih lama lagi Ya Allah untuk kami manfaatkan sebaiknya.


Thursday, 30 May 2013

Dont Hate Yourself.

We Live for Love.. Love for the life. Life of yourself.

Rasa bersalah tu bagus, sebab diri sendiri ni bukan betul setiap masa. We are human right? (Tiba-tiba rasa menangis nak buat entry ni.- Siyes nak nanges.. mungkin sebab lagu UNIC yang tengah mendayu2 kat telinga aku skang ni..)

Ok back to the track. Masalahnya ada diantara manusia-manusia yang mempunyai rasa bersalah yang tinggi. Cukup tinggi hingga merasakan dirinya seperti seorang pesalah yang menimbulkan masalah kepada orang-orang lain yang dirasakannya betul. (Im gonna cry rite now)..

Amaran, sebelum anda membenci diri anda, sila benci dulu orang lain.! tak gurau je.. Jangan benci orang lain dan yang paling penting jangan benci diri sendiri. Kita hanya ada diri sendiri untuk sayang diri kita sendiri. Kita hanya ada diri sendiri untuk jaga hati perasaan kita sendiri. Kita hanya ada diri sendiri untuk membelai diri kita sendiri. ramai orang yang bunuh diri kerana kehilangan perhatian dan rasa kasih sayang. Trust me, its true, its happen. When the person desperately feel the need of attention , they can act stupidly.

So what to do to help ourself? learn our mistake. Learn from the other person that we admire their great value. Love your talent, love your skill, grow your knowledge, treasure your great world. Express yourself. Protect what you love. Your right believe, your life quote. And Insha Allah you may find the truth person to stand behind you. We are create to complete each other.. so learn to give to human and take from Allah... Ikhlas, Insha Allah, Allah show the way..