Clouds

Saturday, 27 September 2014

many thing need to be reach in this life..
mybe too much..
& i cant

i could only pick smthg to be, to act, to make it done, even though it wont
brothel. i cant spent my time to learn everything.

When people make a joke about
young marriage
then it go to falsing > they blame Rasulullah - my beloved prophet..
The greatest prophet but I cant defend him
if  I know yr whole entity, remember all yr lovely story,
I will stand firmly and talk on yr behalf
but bcz i didn't know, i keep quiet and sit to adapt the speak
but never to accept that Rasulullah is the culprit
-who start marriage at young age by marrying Aisyah

I lose the word to defend you,
even i know the truth that you are not responsible for that
Rasulullah..
he is a good man
he never beat women
nice to child, to old man ,
great warrior
the best friends for the whole Madinah.
An honest farmer, sherperd and dealer..
Fair in his commerce
Never hold grudge to their enemy,
even his disloyal family members.

Aisyah is the only virgin he married.
that marriage is not a torture,
nor a conspiracy neither compulsion
but my words stumped with no conception
Rattle in oblivious tounge
My literacy stop within the history - dont know where to flow
i cant bring the truth.
that this whole world need to see,
Rasulullah - The best of mankind




Tuesday, 16 September 2014

Perkara yang Anak Anda Perlu Belajar Sebelum Mereka Remaja



"Tv kalau tak tengok tutup! Elektrik tu berbayar.."

"Lepas makan cuci pinggan sendiri"

"habiskan makanan dalam pinggan, jangan membazir. Dah tahu tak boleh habis, jangan ambil banyak-banyak. Membazir tu sahabat syaitan"

-Hantar dia belajar ilmu agama dan dunia. Biar boleh jadi profesor & boleh juga jadi imam. Tak guna kalau jadi engineer/lawyer/perdana menteri, tapi tak pernah azan kat surau. kalau nak anak jadi hafiz pun, dia kena tahu serba sedikit ilmu fardu kifayah/teknologi/politik/ilmu semasa a.k.a.dunia siber.

-Ajar anak-anak erti susah. mak bapak mesti ada kesukaran hidup @ kesukaran besarkan anak-anak. Bukan nak mengungkit hal tugas atau mempersoalkan hal ikhlas.Tapi sedikit sebanyak, anak-ana ena tahu apa yang ma ayah perlu korbanan untuk diorang. Dengan harapan ana-anak belajar fungsi dan tanggungjawab mereka dalam keluarga.

"orang ke dapur, ko jangan nak tengok tv kat depan eh. Tolong ni" -Dialog mak dulu macam ni. Kempunan aku na tengok tv dibuatnya. Tapi kerana kejujuran mulut mak aku, aku belajar cara belah ikan bilis dan siang ikan, belajar masak nasi, masak lauk..

-Sekarang ibu ayah berlumba hantar anak tusyen sejak kecil lagi. Sukalah, anak masing-masing. tapi jangan lupa, masa kecilnya adalah masa yang sempurna untuk dia explore dunia dia. 'Dunia' tu tak bermaksud main, main, main dan main sepanjang masa. Tapi rumah itu hakikatnya adalah dunianya. Segala isi rumah juga sepatutnya menjadi dunianya. Agar sampai besar ibu dan ayahnya kekal menjadi dunianya. Dia patut tengok ibunya berkebun, tengok ayahnya bertukang, betulkan lampu, nampak abangnya mengaji, nampak kakanya buat kerja rumah.

Sebab hati dan minda anak2 ni lembut. barang apa yang di ajar melekat kuat. kalau kita renung-renung, kebanyakan surah-surah lazim yang kita masih hafal sekarang adalah berkatnya waktu kita hafal kecik2 dulu. Sekarang nak suruh menghafal balik, maulah telan kismis sebalang pun tak lulus-lulus hafazan. Maka dengan itu, ajarlah banyak perkara pada anak-anak anda, ilmu2 hafazan, fardu ain, terapkan kecintaan  pada ilmu, kejar ayam, tangkap belalang.. Daripada hantar tusyen, balik tusyen makan, main tab, tidur , makan, pergi sekolah balik sekolah, makan, tab lagi.... Duh, stop creating a monster.

-Ajar hormat orang tua. Bawalah anak-anak menziarahi orang tua, orang sakit, sedara mara, sahabat handai jiran tetangga. Banyak benda simple yang kita terlepas pandang, Suruh dia salam tetamu instead of biarkan anak2 lari menyorok bila kawan2 mak ayah datang. Suruh dy sopan jangan berdesup je lalu depan orang2 tua, cakap terima kasih pada apa-apa pemberian. Tu semua ilmu sosial yang sebenar, supaya dia konfiden berdepan masyarakat. Dia konfiden sebab ada experience.  Atau satu hari nanti bila kudrat dah tua,  jangan nak persoalkan balik kenapa anak-anak liat bila kita minta tolong bawakan jumpa sedara or kawan2 lama. atau "kenapa anak-anak aku biadap sangat tak nak hormat aku? Tak sayang ke kat aku? Aku sakit dia buat bodoh je, siap main game kat atas kepala. Selfie bukan main caption 'menziarahi ayah yang sedang tenat'. Tapi aku depan mata dia, dia tak pandang pun. Sibuk reply comment."

Sekarang mungkin aku bole katakan yang aku sanggup hidup ala kadar dengan tak bekerja dan melupakan ilmu2 degree @ master ku asalkan dapat duduk rumah monitor anak. Tp kemudian hari aku tak tahu kalau aku masih berprinsip sama. Sebab wang ringgit semakin tinggi permintaannya. Aku cuma takut gagal mendidik. Then create another monster dlam dunia yang dah penuh dengan monster ni.

#these
 are
just
reminder
for
future
me

Jadi Orang Jepun..

- Tolak masuk kerusi dalam meja
- Janji pukul 3 datang pukul 2.45.
- Simpan sampah dalam poket kalau tak jumpa tong sampah.
- Minum teh hijau.
-Kutip habuk pemadam.
-Masukkan minuman terbiar dalam tong.
-Makan rebus-rebus saja.
- Mandi kolam air panas.
-Jalan dengan cergas.

Wednesday, 20 August 2014

Chida Clean Corporation - Projek Tenaga Kitar Semula

Chida Clean diasakan Nobuyoshi Chida, pelajar Ekonomi dan Sains Politik.  Beliau ialah sebahagian jawatankuasa pendidikan alam sekitar di Miyagi.

Operasi : 
 1- Menghasilkan bio fuel daripada jagung untuk enjin gasoline.
2- Menghasilkan bio diesel (BDF) daripada minyak jagung dan minyak rapeseed (biji sesawi) untuk trak.

Pengumpulan minyak jagung  (atau dipanggil Tempura oil oleh orang jepun sebab di jepun minyak tak guna sangat, kebiasaannya hanya untuk menggoreng udang) :
-minyak dari pejabat-pejabat di bandar,
-minyak dari hotel-hotel
-minyak dari kilang-kilang
-minyak dari supermarket (minyak terpakai dari rumah dibawa oleh ibu-ibu ke supermarket)

Fasiliti:
-kos pembinaan 100 million yen
- mampu menghasilkan 600 liter BDF sehari

Rape Blossoms Project oleh Universiti Tohoku
Kalau anda Google Image 'Miyagi' , yang keluar hanyalah lambakan gambar kemusnahan Tsunami. Memang Miyagi terjejas teruk dengan Tsunami, ombak Tsunami telah membawa lambakan garam yang meracuni tanah pertanian. Oleh itu, bijaksanawan-bijaksanawan di Jepun telah mengilhamkan penanaman biji sesawi (rapeseed) disebabkan ketahanannya untuk tumbuh dalam keadaan tanah masin.Hanya Universiti Tohoku yang mempunyai simpanan gen tumbuhan sesawi ni di dunia, debak.. Ini melibatkan pembinaan semula pertanian dan treng te deng, seterusnya penghasilan biodesel.

Permintaan :
-BDF untuk kenderaan awam
-BDF sebagai generator diesel atau jentera-jentera pembinaan

Ni buat rujukan budak2 kimia ye..

Peralatan makmal diorang nampak ringkas je sebenarnya.

Projek hasil usaha sama kemementerian dan universiti.


BDF yang dihasilkan digunakan untuk jentera berat terutamanya sewaktu kerja pembersihan selepas Tsunami.

Akibat bencana alam, stesyen jana kuasa nuklear (atom) terjejas. Tanah pertanian yang terdedah pada kebocoran radioaktif menjadi berbahaya kepada petani, lembu ternakan, hinggalah pengguna akhir produk pertanian  Menariknya projek ni digunakan pada tanah yang terjejas pada radioaktif dan hasil tani tidak dimakan , tetapi dijadikan bahan bakar. 

 

The Great East Japan Earthquake



Banyak sumber jana kuasa yang terjejas teruk akibat gempa bumi, seperti kerusakan paip gas, kegagalan jana kuasa elektrik dan juga kerusakan pada bangunan petrokimia di bandar Sendai.

Sweetlah orang Jepun ni..













Tuesday, 19 August 2014

Bila Hati Terluka dek rasa Hina..

Mr. Mrs. Sensitif...



Yang tak terucap, tak terungkap, tapi hanya tersingkap dek air mata.
Sedar memang kecilnya diri ini, seperti kerdilnya hama dibucu langit. Terbang melata tak membawa makna, hanya nasib menumpang hinggap pada bahu orang lain, menumpang kudrat, menumpang rezeki, menumpang kasih sayang.

Lek lu, jangan emo lebih-lebih. Dunia belum kiamat, kudrat belum cacat, hati belum mati, akal masih berfungsi. Bila terasa hati, maknanya adalah silap yang tak terciri. silap yang tak tertegur dek mana-mana insan lain. Mungkin kita malas, mungkin kita lupa diri, mungkin juga kita hidup selesa dan jadi tidak mengerti.

Ambillah masa untuk diam, untuk menangis, bukan masa untuk memendam, pendam jadi luka berkudis..
Tapi tangis cukup sekadarnya, selebihnya pikir balik. "Aku begini, orang sampai hati buat aku begini.. kerana...??..."
Kerana apa? belajar puncanya, pikirkan ubatnya. Selagi tidak berubat, selagi itu sakitnya berulang. Chill, yakin pada Allah. Usahakan ubatnya..

Mungkin ubatnya meminta kita bangun segera, berhenti buang masa, berhenti bergantung pada orang lain.. mungkin ubatnya meminta kita berhenti seketika, menilai kedudukan, kesukaran dan keperluan orang lain sehingga kita merasa serba bagai kekurangan dan kerendahan nilai diri.. No, mana ada orang yang tak bernilai, secacat cacat manusia pun masih boleh membayar zakat fitrah. Kita yang serba lebih ni mengapa putus usaha dan tak henti-henti rasa terbuang tak bernilai?

Sesungguhnya singa yang tak berakal takkan jatuh ke lubang sama untuk kali kedua, manusia yang berakal bagaimana boleh memilih untuk dilukai kali kedua?

Wednesday, 30 July 2014

Out Of Nothing



Banyak kerja , tak tahu mana nak mula. Lallala.. sampai bila-bila tak start. Nak start kerja, main game dulu..
Nak start kerja, buat air dulu.. Common .. tickle your feet. Look at the other.. If others pun loosy semacam, change your view. 360 not enough, you need to climb the ladder, two steps higher and look around. Realize that yr 1000 miles left behind.

Time wont wait, age get wasted. No pay no gain, The pay is just pain. Get yr butt off the seat. The best seat is when things done. Broken english, what ever..

Menganggur... cari kerja, cari kerja. ... Jobstreet, Jobraido, starzjob.. mercadojobs.. Daftar je.. Kebanyakan requirement diorang dlm bntuk management, accountacy, machinary. Tak yah nak glamer sangatlah.. klu nk tunggu kerja glamer, makan pasirlah jawabnya.
 Budak account nampaknya.. HR.. dan Engineering.. Feel free to apply, banyak peluang untuk korang. Aku masih menggagau jalan menuju cinta ku, cita-cita ku.Ingat nk jd hacker satellite US,  cita-cita dipusara.

Contoh position yang ada-ada :
Tak perlu risau walaupun kelulusan tak tinggi, janji ada SPM. Daftar je, isi maklumat diri tapi pastikan ada emel dulu. yahoo atau gmail. Nanti sambil-sambil cek FB cek sekali emel.. Notis akan masuk melalui emel. belek je kekosongan yang mana suka.