Clouds

Friday, 21 December 2012

Takut lupa..

taipan ini agar aku x lupa tentang Bridget Al Qassam

 aku tak pernah tahu sampailah malam 22 november tu ada solat hajat kat stadium usm, penceramah, ustaz Budianto cerita. Nama indonesian cakap Kedah tapi.

Bridget Al Qassam ni ialah sayap kanan pimpinan Hamas. Sekian lama jadi sasaran Israel. Bridget Al Qassam terdiri daripada pemuda-pemuda berani mati yang seratus peratus perjuangan hidupnya untuk agama Allah. Diasaskan oleh Ahmad Yassin, seorang lelaki yang cacat, buta sebelah matanya, duduk di kerusi dan percakapannya lemah, tetapi menakjubkan kerana mampu membentuk pasukan pemuda-pemuda yang 'tak tahu takut'.

Bridget Al Qassam terdiri daripada pemuda yang hebat-hebat. Syarat penyertaannya, mestilah pemuda lelaki yang tak pernah tinggal solat subuh berjemaah di masjid selama 6bulan berturut-turut. Tok Imam akan sahkan kalau betul pemuda tu dia namapk tiap-tiap hari datang solat kat masjid. Kemudian akan diberikan setahun latihan dan tarbiah, (pra). mereka wajib hafaz al-Quran, tahajud setiap malam dan hafaz 40 hadis Imam Nawawi. Masing-masing berusia sekitar 18 atau 20-an.

Hebat x.. hebat ow.. Kalau aku tak taip macam ni, dah tentu aku lupa dah, rugi la kalau tak tahu kekuatan sendiri. They are part of our strength ok.

Friday, 14 December 2012

Lapar sebenarnya..

Cadangan hidangan.
Malasnya nak turun beli makanan, Shima ajak pun aku tak turun. Malas tahap PEMALAS. Tapi akibatnya aku pun kelaparan tahap Kebulur.
 Tula orang tamak selalu rugi, orang pemalas pun selalu rugi.
Sebagai alternatif aku pun buatlah oat +ovaltine-nak  bagi rasa coklat. Oat tu adalah sebahagian pelan penjimatan di hujung-hujung sem. Maklumlah hujung-hujung sem kan.. musim berjimat cermat.

kalau Shima suruh aku komen apakah rasanya. Secara positif aku akan jawab bahawa ini ialah hidangan sehat, tanpa minyak dan baik untuk sistem penghadam. Tapi kalau nak suruh aku komen macam master chef aku terpaksa bersifat jujur. Jujur demi memastikan hanya chef yang layak akan ke peringkat seterusnya.. "Kalau kamu pernah pergi ke Afrika, ikut orang beratur sambil menatang mangkuk ayan sebab nak isi bubur percuma. Saya rasa macam nilah rasa bubur tu."

kalau aku buat tiga mangkuk oat macam ni pun aku akan masih rasa lapar, sebab tak puas makan. Sambil makan aku rasa cam nak nangis pun ada, dahsyat la makan macam ni. Tak selera langsung, rasa plain je, lembik-lembik, takda benda nak kunyah. Suap-suap terus masuk tekak. Tapi aku takdelah cakap macam tu depan-depan oat tu. Nabi tak bagi buat macam tu.

Dalam masa yang sama aku teringat, hari yang lepas aku keluarkan sepuluh ringgit setengah makan spagetti kat Pizza... dala tak kenyang, sedap lagi pecel restu.

 motif..? kadang kita merungut beli nasi sampai kena enam ringgit, makan fast food sampai belas-belas ringgit kita tak bising pulak. dan susah sekali kita nak keluarkan amaun yang sama untuk beri pada orang lain. Bole kata macam kita ni tahu nak lepaskan tekak sendiri je.

 Tak yah tunjuklah gambar budak-budak afrika yang kurus kering tu, yang melata tepi-tepi jalan dalam negara kita pun cukup.

 Ni salah satu kisah kat India, copy link daripada post member kat Fb .salah satu cara untuk membantu.
Tapi cakap pun tak guna kan... Aku sendiri macammana? Semoga lepas ni aku lebih dermawan.

Aku pernah pikir, patut ke kita bagi duit kat orang yang meminta-minta, tu hanya menggalakkan dia meminta-minta. Tapi ada aku terjumpa hadis nabi, sayang aku tak dapat cari dan sertakan kat sini. Tapi katanya kat situ, walaupun orang tu tak meminta tapi berilah sedekah pada dia, jadi apatah pula kalau dia meminta.

Pernah aku dalam perjalanan nak balik U, lalu jejantas nampak pakcik gelandangan baca al Quran dekat situ, jalan depan lagi nampak pulak pakcik gelandangan baca surat kabar, jalan depan lagi nampak aunty meminta-minta  duit dari orang lalu lalang.
Masa tu sume aku pandang negatif. even pakcik baca al quran tu, pada aku 'perlu ke baca tepi2 jalan?'. but then im thinking again, biarla dia. better la dripada diri sendiri yang susah nak baca alquran. (motif aku cakap leret2 ni?) huhu cme nak mention kat diri sendiri,pasni kena belajar menghulur.

"Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan semuanya. Sungguh, Allah maha kuasa atas segala sesuatu," (Al-Baqarah:148)

Monday, 10 December 2012

Hiking Bukit Bendera~

Wajah-wajah di awal 9 pagi.
Ingat dah sampai dah
Jangan excited sangat .. ada lagi tinggi dari ni.


Sepanjang perjalanan kitorang bertembung dengan veteren-veteren yang mendaki turun. Siap ada yang lari-lari. Hebatlah pakcik-pakcik ni.. Muscle dengan kedut sama banyak. Aku pun nak jadi veteren yang berjaya macam diorang. Anjing yang paling depan tu namanya Pepper tau. :)
Er..

8 Disember, aku ikut KRU hiking Bukit Bendera. Bertolak lepas Zuhur, janji bas pukul lapan. Tp sebab ada event kat Padang Kawat, bas kena block. Bole bayangkan x tunggu bas dari pukul lapan sampai pkul 2 petang? Ntah dari mana ketabahan menunggu bas tu datang aku tak tahu. Mungkin sebab berkatnya PM turun USM hari tu.

30 darjah.... uwh ingat 45 darjah.
Senior-senior KRU bagi tengah bagi semangat kat Shahira. Dari bawah lagi dia nak berhenti. Tapi  tak da ruang untuk dia berpatah pulang..
Ada lagi... ada lagi.. pelan-pelan..
Lepas lalu denai-denai korang akan jumpa jalan beturap. Masa kat 2.5 km memang tengah semangat suka suki sebab rasa macam dah nak sampai. Tapi rupa-rupanya ada lagi tinggi atas sana. Lebih kurang 2.5 km lagi... Tertipu sungguh. Terus tak bermotivasi lepas tu..
Akhirnya... Saat yang kita nanti-nantikan. -Menghabisi pendakian..
Senang kata ni kali pertama aku hiking. Nak senang katala.. Awal perjalanan, kawan aku sorang ni makan la roti sambil berjalan dengan bunyi plastiknya krup krap krup krap. Tiba-tiba seekor haiwan primitif menerjah di kakinya, merenung tepat pada roti vanilla tu. Kitorang pun berpelukan bersama-sama sebab monyet tu tekad gila nak roti tu. Bob tolong halau, tapi bob kena tengking balik dengan monyet tu. Kitorang cepat-cepat jalan meninggalkan Bob dan monyet tu. Jangan risau, tak da sapa yang tercedera.

Alhamdulillah ekspidisi ni memenuhi keperluan aku yang bercita-cita nak daki Gunung Kinabalu. Tu yang malu nak cerita tu. Aku mula mempersoalkan balik misi aku untuk mendaki Gunung Kinabalu sebelum 24 tahun. Sebabnya, 'gunung' Bendera ni pun aku rasa cam dah pancit. Kinabalu apacer plakkan? Haha.. Memang terasa mualnya hiking lagi-lagi masa lalu jalan berturap tu. 30 darjah tapi rasa macam senget 45 darjah.
kalau patah balik tadikan dah rugi 12 ringgit.
Boleh namapk jambatan Pulau Pinang.


Ada hikmah juga bas kena blok. Kalau kitorang hiking dari pagi, nanti sampai tengahari lepas tu untuk turun kena hiking turun pulak. Tapi sebab bas lambat, kitorang sampai puncak dalam pukul 6 setengah, takkan malam-malam nak hiking turun kan. Jadi merasalah balik dengan kereta kabel.

Yuhu~ aku rasa macam dah menemui cinta baru. Lepas ni aku nak ikut KRU hiking lagi.. Lepas hiking baru ni aku rasa macam sehat sangat. Takda sakit-sakit badan, ringan badan dan yang penting rasa Happy.

Saturday, 29 September 2012

Melihat Pelangi Atas Kepala Orang Lain.

kerusi dan karpet. .Semua hampir sama usia dengan mak ayah aku. Nostalgia sangat. Sayang tak sempat sampai pada aku untuk aku jaga. Harta dunia cmtulah kena tukar selalu.
Akan ada satu masa kita membandingkan diri kita dengan orang lain yang pada mata kita mereka hidup lebih bertuah dari kita.

Zaman muda belia aku dulu aku lebih banyak berdiam. Getus getas hati hanya untuk simpanan sendiri. Waktu tu aku rasa macam akulah orang yang malang, sangat penyabar dan sangat kuat sebab menghadapi semua tu sendiri.

Selama ni aku dilemahkan oleh sifat yang macam ni.
Tiap awan yang membawa hujan menyembunyikan pelangi, membawa matahari untuk kembali menerangi.
 Aku lambat bergerak, terkapai-kapai, dan kebanyakan waktu membatukan diri. Itu tak pernah menyelesaikan masalah. Rupanya dengan menceritakan masalah beban yang kita rasakan hilang. HILANG.
Tapi beban yang hilang juga rupanya membuatkan aku kosong, dan terbang untuk mencari isi.

Oh tuhan mungkin juga berdiam itu lebih baik untuk aku, sebab aku tetap aku.

Mengenali orang lain mengingatkan aku bahawa bukan aku orang yang paling malang dalam dunia. Orang yang menceritakan masalahnya tak bermakana dia takda masalah. Orang yang menceritakan masalahnya pun belum tentu dapat menyelesaikan masalah. Mungkin mereka mendapat kelapangan perasaan, tapi tidak semangat untuk menyelesaikan masalah.
Aku tetap aku, ya Tuhan berikan aku kekuatan untuk aku selesaikan segala ujian mu dengan fitrah diri yang telah kau tetapkan ke atas ku. Aku tetap aku, dengan agama ku dan cita-cita ku.

Thursday, 6 September 2012

Kelebihan Demam.

Pernah sekali kat matrik aku demam, sekali jew~ Masa tu status aku =culture shock. Tapi aku demam bukan sebab tu, demam sebab nak tumbuh gigi geraham. Er, mulalah teringat rumah, tak nak makan ubat, sebab rindukan waktu dulu-dulu.

Masa mak ada, kalau demam mintak makan apape pun dapat. Nak makan mi segera pun dapat,haha. Kejap-kejap mak datang cek kaki, rasa dahi, tengkuk. Kejap-kejap lagi datang tanya, nak air tak? nak makan nasi tak, ke nak bubur? nak milo tak? malam-malam siap didukung ke bilik air. Er. tapi masa tu kecik lagi. Bestnyer ada orang sayang.

Tapi sekarang tak dapatlah nak manja-manja. Takkan nak mintak suap dengan roomate kut. Haha. Dah setahun 4 bulan mak pergi, mak pergi 5 hari sebelum aku msuk matrik dan beberapa hari lepas tu sambutan Hari Ibu. Tak ke melalut lalut aku dibuatnya. Tapi aku mengerti dah kenapa Al Quran sendiri banyak highlight kebajikan anak yatim. Jangan makan harta anak yatim, buat baik dengan anak yatim, anak yatim tu anak yatim ni. Sebab, susah nak terang, sebab kalau terang pun tak bole nak feel.

Alhamdulillah aku ada juga kenangan dengan mak. Memang kadang melantun lantun hati bila tengok kawan-kawan lain telefon mak dworang, mengadu pape. Kadang ada yang ajak kawan-kawan makan,"ni mak aku bagi.." Takpelah aku ada akak, Dia pun dah macam mak aku, dan aku masih ada bapak. Keluarga adalah nikmat paling besar aku rasa, sebab dalam keluarga ada nilai kasih sayang, ada alasan untuk kita masih hidup, alasan kenapa kita diselamatkan, alasan macam mana kita dibentuk jadi orang. Kalaupun kita buta, cacat, nyawa-nyawa ikan,selagi kita ada sokongan,kita masih ada harapan. Sapa lagi sokongan yang paling hebat kalau tak keluarga. Kita ta payah bayar diorang untuk sayang kita, kita bersatu dengan diorang bukan sebab harta,tapi sebab kasih sayang yang menjalar dari darah daging, sel-sel dan kod-kod genetik.

Jadi bersyukurlah selagi kita ada keluarga, lindungi ikatan yang tak terkata berharganya. Kehilangan yang tertulis untuk menjadikan diri kita setingkat lebih daripada yang sedia ada. Ada rasa sayang, rasa syukur, rasa rindu. Rasa hiba rasa syahdu biarlah jadi penguat diri. Alhamdulillah aku masih ada orang yang sayang.

Tuesday, 4 September 2012

Menyalin Tazkirah- Status Baginda Mengetuk Hati


22 feb 2012 29 R.Akhir 1433 mhgrib dan isyak’ bjemaah

R.Awal kelahiran baginda. Kini tiba R.Akhir.

Kisah Baginda menanggung  Kesulitan dan kesedihan hingga Jibril menawarkan diri untuk membalas perbuatan dari kaum baginda. Tapi Rasulullah tolak, sekalipun telah berdecak langkah baginda , berlumuran darah kakinya berjalan. Umatnya sangat dicintai, sangat dikasihi, baginda  membela umatnya di hadapan jibril, “jangan, mereka tak tahu” baginda menepis kesakitannya  kerana kasihan pada umatnya yang jahil. Baginda sangat kasih pada umatnya, tiap hari dia berdoa meminta kepada tuhan memelihara umatnya. Sebelum tidur baginda menangis mengenangkan umatnya. Sehingga datang keuzuran pada baginda, sakitnya kuat sampai baginda Rasulullah mencelupkan tangannya ke dalam bejana, tetapi ketika itu Rasulullah masih mampu berkata, “ya Allah, letakkanlah kesakitan semua umatku kepadaku” rasulullah, nabi Allah yang terakhir, sangat kasih pada umatnya, iaitu kita, umat manusia yang terakhir. –kita bertuah memiliki nabi terakhir, nabi Allah yang menutup segala nabi, tetapi bertuahkah Muhammad memiliki kita, manusia penutup segala manusia?

Cinta kepada Rasulullah bukan semata-mata mengenali baginda tapi juga ahli keluarganya, Rasulullah telah berkata, mencintai ahli keluarganya maka adalah sama dengan mencintainya. Kita boleh ambil banyak contoh. Misalny Fatimah Az-Zahra.Puteri Rasulullah bersama isteri tercintanya Siti Khadijah. Rasulullah akan mencium Fatimah setiap malam sebelum masuk tidur. Sebelum kelahiran Az-Zahra, Malaikat menyuruh rasulullah menjauhi isterinya slama 40. Malaikat menyruh keduanya memperbanyakkan ibadah dan berkata Malaikat, kau akan menerima hadiah dari Allah berupa cahaya dari cahaya.

Siti khadijah, seorang bangsawan,dan ahli perniagaan yang hartawan. Sudah pasti beliau mempunyai pengaruh dan ramai teman-teman. Tetapi keputusannya mengahwini baginda mengejutkan kawan-kawan perempuannya. Beliau ditinggalkan rakan-rakan kerana telah berkahwin dengan seorang lelaki miskin yang dipulaukan masyarakat. Muhammad. Sehinggakan saat beliau ingin melahirkan Fatimah, seorang teman pun tiada yang datang membantu , apalah daya baginda seorang lelaki yang yatim piatu, baginda pastilah tidak tahu apa-apa tentang kelahiran. Tetapi Allah menurunkan wanita-wanita dari Syurga iaitu para bidadari membantu Siti Khadijah melahirkan Fatimah Az-Zahra. Saat itu memancar cahaya di syurga Allah.
Allah telah mentarbiyah Fatimah dengan kesusahan sejak kecilnya. Anak kecil ini hidup dalam kemiskinan, membesar tanpa ibu, dan fatimah selalu  melihat baginda pulang comot dan cedera .Anak ini selalu menangis bukan kerana tidak redha pada Allah, tetapi kesusahan hidupnya sangat berat untuk digambarkan. Terkadang Rasulullah pulang dengan luka dan dilumuri najis, Fatimahlah anak kecil yang akan menangis dan mendakap baginda, kemudian membersihkan ayahnya.menyapu segala luka dan darah, memikul tugas ibunya. Beliau sangat matang.

 Fatimah adalah bidadari berupa manusia, parasnya indah hingga sangat ramai lelaki telah menemui baginda menyatakan hasrat mereka, tetapi telah Allah tetapkan jodohnya di syurga, hanya seorang lelaki yang sangat hebat akan memilikinya. Sekalipun Omar dan osman, Rasulullah tidak menerima pinangan sahabatnya itu, Semua lelaki telah meminang Fatimah kecuali seorang, si pengangkat kurma yang miskin. Beliau adalah Ali yang sangat pemalu, beliau sedar akan keadaannya yang tidak berharta dan takut untuk menyusahkan tanggungannya andai dia berkeluarga. Tetapi para sahabat menemui Ali, “Ali engkau sahaja yang belum meminang Fatimah. Kami yakin Engkaulah jodoh Fatimah. Pergilah ke rumah baginda.” Dengan sokongan rakan-rakannya, Ali mengetuk pintu rumah baginda. Ketika itu Ummu Salamah ketakutan kerana curiga kalau itu adalah orang-orang yang ingin membunuh nabi. –bayangkan hidup nabi, hinnga ada ancaman untuk membunuhnya. Kalau kita, bolehkah kita duduk diam?. Rasulullah dengan tenang menyuruh Ummu Salamah membenarkan orang itu, “ Bukalah pintu Ummu Salamah, orang itu datang membawa keberkatan” ummu Salamah berasa hairan tetapi menurut kata Nabi. Dan ternyata, Ali lah jodoh Fatimah. Fatimah adalah satu-satunya anak yang meneruskan generasi keturunan nabi hingga hari ini. Fatimah hanya hidup selama 18tahun dan Fatimah juga penerus sifat pengasih nabi. Hasan dan Husin menceritakan setiap malam Fatimah berdoa meminta perlindungan buat Umat Muhammad dan beliau menangis tiap malam mengenangkan umat Muhammad, sama seperti rasulullah, Nabi terakhir buat umat terakhir. Umat terakhir iaitu kita.








Monday, 3 September 2012

Salah Satu Jalan Kebahagiaan


Love + kids


Dalam ramai-ramai pakcik makcik aku, ada sorang yang aku tak boleh lupa, iaitu arwah bibik kurus. Bibik kurus meninggal dalam usia aku 4 atau 5 tahun. Sangat-sangat tak boleh lupa. Sebabnya mudah je, tiap kali aku datang rumah dia, dia mesti suruh aku makan nasi. Bibik kurus akan tuangkan kicap manis dan teman aku makan--aku sorang, makan sorang-sorang. Kadang dia bagi aku main basikal cucu-cucunya.  Pakcik-pakcik lain, aku tak berkenan, sebabnya pun mudah, diorang suka marah aku main.
Perkara yang mudah macam yang bibik kurus aku buat tu telah berjaya membuatkan aku tak lupa dia sampai aku besar. Orang pertama menerima Al Fatihah aku mak aku, dan orang seterusnya adalah bibik kurus. Jadi bayangkanlah bertapa lekatnya dia dalam hati aku. Cuma sebab nasi bubuh kicap manis yang tak seberapa tu, tapi cerita sebenarnya adalah tentang menggembirakan hati kanak-kanak.

Sejak kebelakangan ni je aku baru mula tunjukkan rasa prihatin aku kat anak-anak buah aku. Sebab baru tersedar alangkah baiknya kalau aku dapat gembirakan hati budak-budak. Nabi sendiri suka budak-budak,. Kesedaran aku menjelma lepas dengar kisah nabi sukakan budak-budaklah. Baginda suruh kita gembirakan hati kanak-kanak.

Ingatan aku sangat kuat pada dia, selalu ingatkan dia. Pada akak aku pun macam tu, sebab masa kecik-kecik dulu akak akulah yang mengambil inisiatif membelikan aku mainan, membelikan aku kek harijadi, berikan hadiah –dah besar takde plak.

Jadi sebenarnya bukan susah nak menyemai kasih sayang pada kanak-kanak. Simple dimple je~
Beri hadiah, layan berbual, bawa jalan-jalan, belikan mainan, belikan makanan
Keutamaannya adalah untuk membahagiakan diorang dan menunjukkan yang kita sayang pada mereka. Tapi jangan terlebih, semua kemahuan diturutkan, salah dibiarkan. Kecik-kecik naik kepala, dah besar jadi bala. Haha.Sedikit parenting skill.